PH Sahkan Semua Ahli Parlimen Sokong Anuar Jadi PM



PAKATAN Harapan (PH) tidak bersetuju dengan sebarang usaha untuk tubuh kerajaan secara pintu belakang.
PH juga calonkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Anwar ketika sidang media ringkas di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini berkata, PH tidak akan khianati amanah kepada rakyat.
Menurutnya, sekarang ini semua kegiatan haruslah terhenti dan menunggu keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
“Semua harus hormat kebijaksanaan, keputusan dan budi bicara tuanku mengikut peruntukan undang-undang yang ada,” katanya.

Post a comment

0 Comments