Pengasas kicap Jalen meninggal dunia


KUALA LUMPUR – Usahawan berjaya yang juga pengasas kicap terkenal jenama Jalen, Datuk Abdul Jalil Long meninggal dunia di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru petang tadi.
Allahyarham yang mencipta sendiri ramuan kicapnya memulakan perniagaan perasa makanan itu pada tahun 1981 dengan menubuhkan syarikat kecil bernama Jalil Entreprise.
Ketika itu jenama kicapnya dikenali sebagai Habhal.
Pada tahun 1988, Jalil menubuhkan pula sebuah syarikat baru yang dinamakan Syarikat Jalen Sdn Bhd dan sejak itu beliau menamakan kicapnya dengan nama Jalen.

Memandangkan penerimaan dan sambutan hebat masyarakat terhadap kicapnya, Jalil mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuat pelaburan sehingga berjuta ringgit.
Ia bagi membolehkan kilangnya menggunakan alatan seperti mesin teknologi yang canggih untuk meningkatkan dan seterusnya bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin tinggi bagi kicap jenama tersebut.
Jalil juga kemudian menambahkan lagi produknya selain daripada kicap.
Antaranya sos cili, kicap manis, sos tomato yang berperasa tiram, cuka buatan, taucu masin dan kordial.
Jenazah beliau dijangka dikebumikan pada malam ini di Tanah Perkuburan Taman Kebun Teh, Johor Bahru

Post a comment

0 Comments