Pelajar Tingkatan 4 nyaris buta, anak panah tertusuk mata waktu latihan


SUNGAI PETANISeorang pelajar Tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun nyaris buta apabila tertusuk anak panah ketika menjalani latihan memanah untuk kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kedah (MSKK).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang Jumaat ketika mangsa bersama dua rakannya sedang menjalani latihan memanah di kawasan padang sekolah terbabit. 

Ketika kejadian, seorang lagi rakan mangsa sedang membuat panahan pemanasan badan di papan sasaran yang berjarak 5 meter, manakala mangsa dan dua rakan lain berlatih memanah di sasaran 70 meter.
 
Ketika rakan mangsa itu memegang pemanah dia sempat melihat mangsa melintasi di hadapannya bagaimanapun dengan secara tidak sengaja rakan mangsa itu telah terlepas anak panah.

Post a comment

0 Comments