Padah Pijak Al-Quran & Hina Islam, Penganggur Berdepan Hukuman Dua Tahun Penjara

Tindakan seorang lelaki memijak al-Quran dan menghina Islam telah menimbulkan kemarahan seluruh umat Islam di negara. Menerusi Harian Metro, lelaki berkenaan telah ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Dibelasah beberapa individu

Sebelum tertuduh ditahan pihak polis, dia telah dibelasah teruk oleh beberapa individu yang marah akan perbuatannya kerana telah menghina kitab suci al-Quran. Individu yang membelasah tertuduh turut bertindak merakam video dan telah viral di media sosial. Tidak lama selepas kejadian, tertuduh telah ditahan pihak polis atas kesalahan tersebut.

Pihak polis terima laporan

Pengurus projek itu sedang melayari Facebook sebelum ternampak satu paparan daripada kenalannya. Paparan berkenaan menunjukkan seorang lelaki yang membuat siaran langsung dan dirakam semula oleh seorang pemilik laman sosial itu.
Pengadu kemudian ke balai membuat laporan polis pada 2.56 petang Khamis lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, pihak polis telah menerima aduan berhubung insiden berkenaan dari seorang lelaki yang merupakan pengurus projek yang sedang melayari Facebook.

Diarah jalani pemeriksaan mental

Tertuduh, Mohd Zulkifli yang merupakan seorang penganggur mengangguk isyarat faham ke atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistrer Nurasidah A Rahman. Namun tiada sebarang rekod pengakuan diperoleh.
Walau bagaimanapun, Majistret mengarahkan agar tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai selepas permohonan yang dibuat Timbalan Pendakwa Raya. Hal ini bagi mengikut prosedur Seksyen 345 Kanun Prosedur Jenayah  yang membolehkan pihak pendakwaan dan mahkamah mengetahui statur sebenar kesihatan mental tertuduh.

Boleh dipenjara 2 tahun

Terdapat dua pertuduhan yang didakwa ke atas terduduh iaitu mencemarkan al-Quran yang suci bagi semua umat Islam dan mengeluarkan ayat berunsur penghinaan terhadap Islam. Bagi pertuduhan pertama, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Bagi pertuduhan kedua pula, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan pula yang membawa hukuman penjara setahun dengan denda atau kedua-duanya.

Post a comment

0 Comments