Malaysia Dilantik Pembekal Utama Makanan Halal Di Olympik Tokyo 2020

Penganjuran sukan Olimpik 2020 akan diadakan di Tokyo, Jepun dan pastinya ramai teruja ingin menyaksikan pelbagai acara yang akan dipertandingkan di kejohanan tersebut. Malah, Japan Airlines turut telah tawarkan 10,000 tiket percuma untuk anda hadir ke kejuaraan Olimpik Tokyo 2020.
Lebih menarik, Malaysia bakal menjadi pembekal makanan halal utama kepada atlet dan juga mereka yang terlibat dalam kejuaraan Olimpik Tokyo 2020. Difahamkan, MyChef yang merupakan satu jenama makanan tempatan sedang bersedia untuk menghantar produk makanan halal syarikat tersebut ke Jepun.
Produk makanan halal yang akan dipasarkan adalah seperti nasi briyani dan nasi goreng. Untuk pengetahuan anda, Olimpik Tokyo 2020 ini akan berlangsung pada 24 Julai sehingga 9 Ogos ini.
Sekurang-kurangnya 50 negara Islam akan menyertai kejohanan ini dan pastinya ini satu pendedahan yang baik untuk produk tempatan pasarkan produk halal ke peringkat antarabangsa.
Selain itu, pengunjung ke sukan Olimpik Tokyo 2020 turut boleh menikmati dan membeli makanan halal di Malaysia Street yang akan dianjurkan sepanjang kejohanan sukan itu nanti.

Post a comment

0 Comments