Makan Semeja Dengan Imej Sajat Bertudung, PU Rahmat Persoal Kejujuran Mutawif


Belum pun reda isu usahawan terkenal Muhammad Sajad berpakaian wanita di Mekah. Namun Pihak travel agensi menafikan akan pembabitan atau diluar pengetahuan mereka. 

Namun terbaru viral gambar Mutawif dan Sajat duduk semeja dengan pakaian perempuan. Rata-rata mempersoalkan tindakan dan kejujuran Mutawif berkenaan dalam isu ini. 

PU Rahmat dalam satu posting di facebook beliau bertanyakan perkara yang sama. Ternyata ramai mahukan penjelasan dari pihak terbabit.

Bertakwalah pada Allah wahai Mutawif


Dalam posting berkenaan PU Rahmat ketulusan mutawif yang sebelum ini menyatakan Sajat berpakaian wanita adalah diluar jangkaannya. 


1) Al Bayt dan mutawif ini beri alasan bahawa sajat berpakaian wanita adalah di luar jangkaan . Dah tu ni apa wahai Ustaz Mutawif ? Minum satu meja sambil sajat pakai tudung ni pun luar jangkaan kah ? 

Kalau Ada Iman, Tolong Jangan .. 

2) Kalau betul Mutawif dan Travel Agency masih ada iman tolonglah jangan benarkan lagi sajat pakai pakaian perempuan di Tanah Haram . Suruh dia ikuti perjanjian yang kononnya ada di antara Kalian dengan Sajat 

Kapitalis yang tiada moral dan agama

3) Kalau aku tahu kalian melindungi sajat kerana keuntungan bayaran. Aku tak segan menyamakan kalian dengan Kapitalis yang tiada moral dan agama selagi mana ia menguntungkan kocek syarikat
PU Rahmat memohon penjelasan atas setiap persoalan yang diajukan, dan memohon pihak berkenaan menghubunginya. 

Sumber: PU Rahmat

Post a comment

0 Comments