KUALA LUMPUR: Sebuah kondominium dalam pembinaan di Jalan Desa Bakti 2, Taman Desa, di sini, dilaporkan runtuh kira-kira jam 3.40 petang tadi, ketika hujan lebat.
Klip video berdurasi 1.04 saat yang disiarkan EdgeProp Malaysia menerusi laman sosial Twitter mendapati ada pekerja binaan dilaporkan terperangkap dalam runtuhan itu.
Breaking News: Parts of the condominium under construction at Taman Desa collapsed just a while ago. This is the project that the Protect Taman Desa Coalition has protested vigorously against since 2017. (Video by M Gunasekar, media coordinator, Protect Taman Desa Coalition) pic.twitter.com/BftWSp8CAx— EdgeProp Malaysia (@myedgeprop) February 14, 2020
Ketika ini, lebih 20 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur termasuk dari Balai Bomba Penyelamat Seputeh, Balai Bomba Pantai dan Ibu Pejabat JBPM Kuala Lumpur berada di lokasi kejadian bagi mengesan dan menyelamatkan mangsa terperangkap.
Bagaimanapun, bilangan mangsa terperangkap belum dapat dipastikan.
Difahamkan, seorang mangsa sudah dibawa keluar dan dilaporkan berkeadaan stabil.
Sementara itu, jurucakap Polis Daerah Brickfields mengesahkan pihaknya berada di lokasi kejadian bersama pihak bomba dan pasukan perubatan bagi memantau situasi terkini.
Tags:
Terkini