KKM Sahkan Dua Lagi Rakyat Malaysia Positif Koronavirus



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua lagi rakyat Malaysia positif koronavirus (2019-nCoV).




Kedua-dua mereka yang berusia 45 dan 9 tahun adalah antara individu yang dibawa pulang ke tanahair dari Wuhan, China pada 4 Februari lalu.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kedua-dua beranak itu kini sedang dirawat di wad berasingan di Hospital Tuanku Ja'far, Seremban dan berada dalam keadaan baik.


“Sehubungan itu, dari 10 Januari 2020 sehingga 5 Februari 2020 jam 10 pagi, jumlah kumulatif kes PUI (pengesanan kes yang disyaki) jangkitan 2019-nCoV adalah 257 orang, di mana 161 adalah warganegara Malaysia, 91 warga China dan masing-masing satu warganegara Australia, Korea, Jordan, Brazil dan Thailand.

“Lima kes telah disahkan positif 2019-nCoV , 235 negatif, dan 17 kes masih menunggu keputusan makmal,” katanya dalam sidang media.
Penambahan dua kes ini menjadikan jumlah keseluruhan 12 kes dicatatkan di Malaysia dengan satu daripadanya telah pulih.

REMAJA KANADA PENGSAN DI KLCC




Sementara Itu, dalam laporan Sinar Harian. HKL siasat punca remaja Kanada pengsan di KLCC hari ini. Adakah ia berkaitan dengan wabak Koronavirus.
PUTRAJAYA - Hospital Kuala Lumpur (HKL) melakukan siasatan terhadap seorang remaja warga Kanada bagi mengenalpasti punca sebenar termasuk kaitan koronavirus selepas dia dilaporkan pengsan di lot parkir KLCC, hari ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ambulan HKL dikejarkan ke Pusat Perubatan Menara Berkembar itu selepas mendapat panggilan berhubung kes tersebut.
"Remaja berusia 17 tahun berkenaan ditempatkan di wad isolasi HKL untuk pemantauan," katanya pada sidang media perkembangan koronavirus di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian itu yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.
Dr Dzulkefly berkata, semua langkah telah diambil bagi memastikan sebarang kemungkinan.
"Perkara yang dalam fikiran kami adalah koronavirus, tetapi ia boleh jadi disebabkan penyakit lain yang mungkin berkaitan dengan jantung," katanya.
"Remaja itu tiba di negara ini dari Indonesia, semalam. Dia sebelum ini menetap selama 15 tahun di Shanghai, China," katanya.
Terdahulu, sekeping gambar pasukan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada di lokasi itu turut tular di media sosial.

Post a comment

0 Comments