Kerana Koronavirus, Hotel Di Langkawi Tawar Diskaun Sehingga 70% Selepas Kurang Pelancong.


Sebelum ini, Persatuan Hotel Malaysia telah mengumumkan bahawa hotel-hotel di Malaysia telah mengalami kerugian berikutan pembatalan lebih 90,000 tempahan hotel disebabkan oleh wabak coronavirus.
Hal tersebut pastinya membimbangkan untuk industri pelancongan di Malaysia. Justeru itu, Persatuan Hotel Malaysia mengambil langkah untuk menarik pelancong domestik bagi merancakkan industri pelancongan di Langkawi.
Difahamkan antara inisiatif yang ditawarkan adalah sebanyak 45 hotel di Langkawi bawah naungan persatuan tersebut akan memberikan tawaran diskaun sehingga 70 peratus bagi hotel tiga bintang dan ke atas.
Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau yang memiliki sejarah tersendiri, tempat menarik dan kaya dengan alam semula jadi untuk anda jelajahi. Bagi anda yang ingin melancong, mungkin anda boleh pertimbangkan ke Langkawi terutama sekali kini terdapat penawaran diskaun harga penginapan.

Post a comment

0 Comments