Kerana Bantah Golongan Songsang, Lagu Akhir Zaman Bunkface Dikecam


Di tengah kemelut yang melanda negara, kumpulan indie Malaysia, Bunkface tampil dengan sedikit kelainan dan kontroversi apabila meminta golongan LGBT agar ‘pergi mampus’.
Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Youk dan Paan telah bertapak lama dalam industri muzik tanah air sejak 2006 telah mengeluarkan satu single terbaharu mereka berjudul ‘Akhir Zaman’.
Namun apa yang jelas, lagu Bunkface ini telah mengundang kecaman netizen apabila lirik yang digunakan dilihat melampau dan tidak menjaga sensitiviti apabila memilih untuk membuat serangan kepada golongan LGBT.
Sehingga hari ini, Bunkface masih berdiam diri dan tidak menjawab apa-apa komen melibatkan single terbaharu mereka.

Sejak semalam netizen sudah memberikan pandangan mereka terhadap lagu terbaharu Bunkface. Namun dilihat komen yang diberikan seimbang di mana ada beberapa golongan yang mengutuk Bunkface dan ada juga yang turut memuji mereka.

Post a comment

0 Comments