Kasih Ibu Hingga ke Syurga, 3 Beranak Maut Dihempap Pokok Sawit

‘Malang tidak berbau’, perumpamaan itu boleh diungkap bersama kemalangan yang menimpa satu keluarga pada pagi ini. Tragedi hitam berlaku buat 3 beranak apabila motosikal yang ditunggang ibunya dihempap sebatang pokok kelapa sawit. Kejadian malang ini berlaku di Jalan Batu Puteh, Batu Pahat. Menerusi Harian Metro, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi itu telah meragut nyawa 3 beranak tersebut.


3 beranak maut ditempat kejadian

SMK Dato Onn merupakan sekolah dimana salah seorang mangsa turut mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa kejadian di laman rasmi sekolah berkenaan.  Kesemua mangsa berkenaan masing-masing berusia 48 tahun, 17 dan 12 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.


Dihempap pokok sepanjang 2.5 meter

Tiga mangsa berkenaan dipercayai dari kawasan Parit Siba melalui kawasan itu sebelum dihempap pokok kelapa sawit sepanjang 2.5 meter.

Bomba mengambil mangsa kira-kira sejam untuk mengeluarkan kesemua mangsa dan membersihkan sisa pokok.
Ketiga tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan dan diserahkan kepada pihak polis.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penolong Kanan Pengusa Bomba, Mohd Fauzi Md Nor, sebanyak dua jentera bomba bersama 19 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaj menerima panggilan kecemasan.

Sumber: Harian MetroSMK Dato’ Onn

Post a comment

0 Comments