Dikepung 200 Gangster, Syed Saddiq Nekad Lari Panjat Pagar

JOHOR – Program rapat umum Armada negeri yang dihadiri Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Ulu Tiram di sini malam tadi bertukar kecoh apabila Menteri Belia dan Sukan itu dikepung lebih 200 anak muda yang mengecam beliau.
Kumpulan berkenaan dilihat bersorak dan menyebut perkataan ‘penipu’ dan ‘balik balik’ kepada Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu.
Syed Saddiq dalam hantaran Facebooknya berkata, beliau merancang untuk program santai bersama keluar ahli Armada Johor, Srikandi dan Bahagian
 Bagaimanapun katanya, tiba-tiba 200 orang yang berpakaian serba hitam telah mengepung dan mengeluarkan kata-kata kesat dan turut disaksikan oleh ibunya.
Sebelum itu telah tular di media sosial Syed Saddiq terpaksa melarikan diri memanjat pagar ke belukar akibat dikepung kumpulan samseng itu.
Berikut hantaran Syed Saddiq:
Malam ini, saya dan Armada Johor berkumpul di Ulu Tiram, Johor. Kami rancang untuk duduk semeja, sembang santai dan bersatu hati. Keluarga Srikandi dan Bahagian juga ada yang turut hadir. Ini rancangan asalnya lah.
Tapi,malam ini diganggu oleh sekumpulan individu (sekitar 200 lebih orang) yang datang tidak dijemput. Mereka semua berdiri keliling berpakaian hitam datang ke majlis kami. Gangster dan tidak hormat orang.
Mereka semua berdiri mengepung tempat makan kami, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat. Ibu bapa saya juga jadi saksi malam ini.
Ini apa? Ada anak-anak kecil, wanita di dalam majlis. Paling teruk, mereka sergah supaya menteri minta maaf kepada TMJ, kalau mahu pulang dari majlis. Apa yang berlaku, saya pun tak tahu. Yang saya tahu, ini biadap dan kurang ajar. Apa salah saya? Saya berkhidmat untuk rakyat.
Lebih teruk, keselamatan semua yang hadir. Bayangkan dikepung lebih 200 orang individu lagak seperti gangster. Saya sendiri, YB Rafiq, YB Mazlan dan lain terpaksa lari guna jalan tikus dan lompat pagar. Lari seperti orang salah.
Terima kasih Armada Johor. Terima kasih Bersatu Johor. Malam ini adalah malam keluarga Armada dan Bersatu. Saya tak akan maafkan kumpulan yang biadap ini.
Saya ingin ingatkan kepada mereka yang di sebalik tabir, Malaysia ini ada undang-undang, ada polis dan mahkamah. Tidak ada sesiapa yang lebih tinggi dari perlembagaan. Baik saya atau orang lain.
No one is above the rule of law. Ini Malaysia. Malaysia, milik semua.
Sumber: Rakyat Today

Post a comment

0 Comments