COVID-19 : Satu Kes Baru di Malaysia. KKM Nasihatkan Tangguh perjalanan ke Korea, Jepun, Itali & Iran

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan satu kes baru dicatatkan pada 27 Februari 2020, menjadikan kes keseluruhan positif COVID-19 di Malaysia adalah 23.
Kes terbaru ini melibatkan seorang wanita berusia 53 tahun dan merupakan warganegara Malaysia. Beliau ada sejarah mengunjungi negara yang dijangkiti COVID-19 iaitu Jepun. 
Dalam perkembangan lain, 2 kes positif jangkitan COVID-19 sebelum ini telah pulih sepenuhnya. Mereka adalah kes ke-16 dan kes ke-22. 
Dengan ini, 22 dari 23 kes positif COVID-19 di Malaysia telah pulih dan dibenarkan pulang, manakala satu lagi sedang dirawat. Setakat 27hb Februari 2020, sejumlah 81,398 kes COVID-19 yang melibatkan 2,770 kematian dilaporkan di seluruh dunia. 
Daripada angka tersebut 3,200 kes dilaporkan di luar negara China. Daripada pemantauan yang dilakukan, didapati Korea Selatan, Jepun, Itali & Iran menunjukkan peningkatan kes yang ketara dalam tempoh satu minggu yang lepas.
Berdasarkan situasi semasa COVID-19 di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan kenyataan menyarankan agar rakyat Malaysia menangguhkan juga perjalanan ke Korea Selatan, Jepun, Itali & Iran buat masa ini.
Disamping itu juga rakyat yang mengembara atau sedang berada di negara-negara tersebut diingatkan mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti :
  • Sentiasa menggunakan hand sanitizer
  • Menutup mulut & hidung dengan tisu apabila batuk dan mencuci tangan dengan serta-merta
  • Sentiasa membawa dan menggunakan penutup muka (Face Mask)
  • Semasa dalam lawatan, elakkan mengunjungi tempat-tempat tumpuan ramai
  • Elakkan daripada mengunjungi ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup atau menyentuh sebarang jenis haiwan
  • Elakkan daripada mengambil sebarang produk haiwan yang mentah
  • Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya menunjukkan gejala seperti demam, batuk ataupun kesukaran bernafas selepas 14 hari pulang daripada luar negara
Sementara itu, semua 22 pesakit COVID-19 di Malaysia yang sebelum ini telah dilaporkan positif, telah sembuh sepenuhnya dan telah dibenarkan pulang.
Baca kenyataan akhbar penuh daripada Kementrian Kesihatan Malaysia di bawah





Post a comment

0 Comments