"Cikgu Malas Cuci Pinggan Dekat Rumah Ke Apa?" - Guru Diserang Ibu Anak Asuhan. Biadap!


Tular di media sosial tangkap layar perbualan Whatapps seorang ibu menyerang guru tadika anaknya gara-gara mendakwa guru berkenaan tidak membasuh bekas bekal makanan anaknya sehingga berulat. 



Menurut si ibu kepada kanak-kanak perempuan itu berkata, "Cikgu memang malas cuci pinggan kat rumah ke apa? Sampai berulat bekal anak saya. Jangan sampai saya malukan cikgu kat dalam group

"Basuhlah Ya Allah bapak pemalas. Jangan kata gaji tak dibayar untuk basuh pinggan. Biar ikhlas cikgu, aduh. Jangan sampai saya malukan cikgu ye. Saya banyak nak buat aduan nak paparkan dalam group. Saya boleh buat report ye pasal cikgu. Kurang ajar cikgu ni," katanya. 


Difahamkan, si ibu juga meluahkan perkara tersebut di group utama tadika anaknya, namun tidak diketahui respon dari ibu bapa lain. 
Bagaimanapun, anak kepada guru tadika berkenaan membidas tindakan si ibu yang jelas sekali tidak wajar dan menganggap profesion guru tadika seolah-olah 'bibik'. 

"Amboi-amboi. Dia ingat mak kita kuli batak dia? Memanglah mak aku cikgu tadika je. Apa kau harap cikgu tadika nak settlekan semua hal anak kau hah?

"Parents perangai beginilah anak tak jadi orang. Puan yang budiman, cikgu tugasnya mengajar. Kalau semua mak bapak harap ehsan, awak rasa tak terabai ke kelas nanti? Ibu belum termasuk menguruskan anak kau yang tak pandai cebok berak, kencing dalam seluar, melalak melolong bagai tu. Bekas bekalan makanan pun kau harap cikgu basuhkan. Gelepo lebih la kau nak," tulisnya di Facebook. 

Menurut anak guru berkenaan, tabika perpaduan sememangnya menyediakan makanan dan tiada keperluan untuk muridnya membawa bekalan makanan sendiri. 

Tetapi dalam kes ini, murid berkenaan mungkin 'picky eater' atau kuat makan dan disebabkan itu juga mungkin si ibu membekalkan bekalan makanan untuk anaknya. 

Bagi pengadu, si ibu sepatutnya bertolak ansur dan tidak meletakkan tugas membasuh bekas makanan itu pada guru. 

"Jangan letakkan tugas basuh bekas anak awak kat cikgu la. Bukan awak bekalkan sabun, span. Tolak ansur ye parents. Awak tak dapat jemput, mak aku hantar anak kau depan rumah. Apa lagi nak? Takat tak basuh bekas makan je kau buta benda lain yang dia buat," katanya. 

REAKSI NETIZEN



Post a comment

0 Comments