Bersatu, Umno & Pas calonkan Muhyiddin PM-8


KUALA LUMPUR: Muafakat Nasional bersetuju mencalonkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan.
Dalam satu kenyataan bersama, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, mengumumkan 57 Ahli Parlimen Muafakat Nasional akan menyokong sepenuhnya pencalonan Muhyiddin.
Sebelum ini, 36 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) turut mencalonkan Muhyiddin.

Post a comment

0 Comments