‘Bermula Di IG’ – Bagai Mimpi Kahwin Gadis Itali, Pengantin Baru Cerita Detik Perkenalan


Siapa sangka perkenalan di laman Instagram membawa pasangan ini ke jinjang pelamin. Pada awalnya, Mohamad Khalies Hami Hamzah menghantar mesej ucapan tahniah kepada Giovanna Khadija kerana telah memeluk Islam.
Bermula dari situ, mereka mula mengenali hati budi masing-masing dan empat bulan kemudian Khalies mengambil keputusan melamar Giovanna menjadi isteri.

Bagaikan mimpi

Foto: Harian Metro
Menerusi laporan Harian Metro, lelaki yang berasal dari Kampung Kubang Tangga ini tidak menyangka isteri menerima lamarannya.
Saya bagaikan bermimpi apabila memperisterikan wanita Itali.
Difahamkan Khalies Hami Hamzah bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) manakala Giovanna Khadija pula menuntut dalam jurusan Sarjana di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT.
Giovanna memeluk agama Islam pada 18 Jun 2019 selepas tertarik dengan alunan al-Quran yang sering didengarinya di pembesar suara masjid UMT.

Tak sangka isteri terima lamaran

Foto: Media Kreatif UMT
Menceritakan dengan lebih lanjut detik perkenalan, Khalies berkata dia langsung tiada niat mahu memikat isteri, hanya sekadar mengucapkan tahniah di atas hijrah yang dilakukan isteri waktu itu.
Saya sendiri pun tidak sangka, isteri menerima lamaran saya dan memilih tarikh berkahwin pada 14 Februari sempena tarikh hari pertama dia menjejak kaki ke negara ini pada tahun lalu.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Giovanna Khadija juga sekarang dalam proses mendalami ilmu agama bersama saya.
Sejak daripada awal perkenalan kami di IG , saya membantu dia mendalami ajaran Islam termasuk membaca al-Quran.
Namun, tiada siapa yang dapat menolak takdir yang telah ditentukan Allah SWT. Isteri membalas mesej dan mereka menjadi rapat sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Isteri tertarik dengan keikhlasan

Foto: Media Kreatif UMT
Katanya lagi, isteri sudah menghafal lebih 10 surah lazim dan al-Mulk. Isteri juga dalam proses mengenal bacaan al-Quran selain sudah tahu menunaikan solat dengan sempurna. Sebagai seorang suami, sudah menjadi tanggungjawabnya membimbing saudara baru dengan didikan agama dan kasih sayang secukupnya.
Sementara itu, Giovanna Khadija berkata dia mula tertarik dengan suami selepas melihat kesungguhan dan keikhlasannya. Walaupun berbelah bahagi mahu menamatkan zaman bujang seawal usia 25 tahun, dia yakin suami seorang yang kuat agama dan mampu membimbingnya mendalami agama Islam dengan baik.

Post a Comment

0 Comments