Ali Puteh diuji kehilangan dua insan tersayang tak sampai tiga bulan.

Tidak sampai tiga bulan kehilangan cahaya mata akibat komplikasi jantung, pelawak Ali Puteh menerima satu lagi khabar duka apabila abangnya Abam Bocey dijemput Ilahi pagi tadi.
Berita pemergian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan amat mengejutkan ramai pihak terutamanya penggiat seni tanah air.

“Al-Fatihah abang!”


Memang berat dugaan dan ujian yang menimpa Ali dan keluarga. Kehilangan dua insan tersayang dalam sekelip mata mengundang sebak pengikutnya yang kebanyakan seakan-akan tidak mempercayai perkara tersebut.
Posting berkenaan dihujani ucapan takziah dan mendoakan supaya arwah Abam Bocey ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Al- Fatihah

Takziah buat ahli keluarga

Syurga buatnya

Terkejut dengar berita

Abam mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.
Sumber : Ali Puteh

Post a comment

0 Comments