YB Maszlee Malik Bakal Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan?


Satu berita yang mengejutkan ramai pada hari ini apabila YB Maszlee Malik mewakili Parlimen Simpang Renggam dijangka bakal meletak jawatan sebagai menteri pendidikan seawal hari ini.

Menurut Malay Mail, beliau yang baru sahaja dilantik pada 21 Mei 2018 dilaporkan telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tengah hari ini dan Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengesahkannya.

Untuk pengetahuan, beliau sebelum ini popular dengan pengenalan kasut hitam buat pelajar sekolah, program sarapan percuma serta yang terbaru adalah penyediaan aplikasi buat para guru menukar sekolah secara suka sama suka.

BACA JUGA : RASMI YB DR MASZLEE MALIK LETAK JAWATAN MENTERI PENDIDIKAN
Beliau kini dilaporkan sedang dalam sebuah mesyuarat tergempar bersama ahli-ahli kementeriannya sebelum mengumumkannya secara rasmi pada petang ini. Sama-sama kita nantikan sidang media yang bakal disiarkan langsung dari Putrajaya pada puku 4.30 petang mengenai keputusan yang dibuat.

Post a Comment

0 Comments