[VIDEO] Persembahan Memukau 300 Drone Gamatkan Ambang Tahun Baru 2020. Canggih !!


Ambang tahun baru 2020 disambut meriah, rata-rata setiap tempat menyambut kehadiran tahun 2020 dengan cara yang tersendiri. Ia menjadi tarikan setiap tahun buat pengunjung dan pelancong. 

Dataran Merdeka menjadi lokasi sambutan tahun 2020 yang turut dihadiri YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi. 

Kira-kira 80,000 pengunjung hadir dalam Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2020 itu.

Selain pertunjukan bunga api, turut menarik perhatian pertunjukkan 300 Dron yang melakukan formasi bendera, bunga raya, burung kenyalang, durian Musang King dan Logo Tahun Melawat Malaysia.

Post a comment

0 Comments