[VIDEO] Panik, Pemandu e-hailing halau penumpang baru pulang dari Wuhan


SEBUAH rakaman video memaparkan seorang pemandu e-hailing bertindak menghalau penumpang dari Wuhan, China tular di media sosial.

Kejadian itu berlaku ekoran rasa panik pemandu berkenaan yang bimbang dijangkiti wabak koronavirus yang kini melanda di seluruh dunia.

Difahamkan, kejadian itu dirakam menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashboard) yang diletakkan di dalam kenderaan terbabit.

Rakaman berdurasi 1 minit 34 saat yang dimuat naik oleh twitter @RT_com itu menunjukkan penumpang itu mengalami batuk dan selesema.

Situasi terbabit menyebabkan pemandu tersebut mula bimbang dan kemudiannya bertanyakan soalan kepada penumpang terbabit.

“Kenapa kamu batuk? Kamu berasal dari mana?,” tanya pemandu itu.

Setelah itu, penumpang berkenaan mengakui dia baru sahaja pulang dari Wuhan dan mahu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Panik dengan jawapan penumpangnya, pemandu e-hailing terbabit terus bertindak menghalaunya.

"Kamu kena keluar sekarang, cepat keluar," katanya.

Post a comment

0 Comments