[VIDEO] Lelaki Berbangsa Cina Ini Generasi Terakhir Pengukir Batu Nisan Untuk Muslim Di Kuala Selangor


Kuala Selangor merupakan destinasi pilihan ramai orang untuk menikmati suasana desa. Terbaharu, sebuah dokumentari di Kuala Selangor disiarkan di Malaysia Hari Ini berjaya membuat kami terpegun dan kagum.


Apa yang menarik perhatian kami adalah seorang lelaki berbangsa Cina yang dikenali sebagai Kuah Leong Chuan berumur 64 tahun merupakan pengukir batu nisan untuk orang Muslim.

Benar, anda tidak salah baca. Beliau sudah berpengalaman lebih 40 tahun dalam bidang mengukir batu nisan ini. Malah, batu granit keras digunakan untuk membuat batu nisan.


Sebut tentang batu nisan, teknik ukiran yang digunakan masih lagi menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan tangan dan tulisan Jawi diukir pada batu nisan membuatkan kami lebih kagum dengan beliau. Difahamkan beliau belajar teknik mengukir batu nisan ini daripada bapanya ketika berusia 20 tahun.
Sebelum ini, beliau juga mengukir batu nisan untuk orang Cina dan India tetapi kini beliau lebih menumpukan pada pelanggan Melayu. Masa yang diambil untuk selesai proses mengukir dan menulis nama atau informasi si mati pada batu nisan mengambil masa satu jam.

Post a comment

0 Comments