Tunggang Motor Dengan Aksi Superman, Gadis Berusia 17 Tahun Ditahan Polis


Seorang gadis berusia 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas kesalahan menunggang motor dengan aksi ala Superman.
Beliau sebelum itu hadir menyerah diri ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran setelah video yang menunjukkan aksi beliau itu tular di laman sosial.
Sambil ditemani bapa saudara, beliau mengakui kesalahan yang dilakukannya ketika menunggang motosikal jenis Yamaha 15ZR di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) pada 1 Januari lalu.
Gadis ini juga dilaporkan tidak mempunyai lesen dan polis sudah mengeluarkan saman di atas kesalahan tersebut.
Beliau disabitkan dengan kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Walau bagaimanapun, beliau telah dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1,000 setelah mengaku ketika dituduh di mahkamah.

Post a Comment

0 Comments