[VIDEO] Tiada Rahsia, Liverpool Kalahkan Manchester United 2-0


Bertadang ke Anfield dengan segala rahsia untuk kalahkan Liverpool ada didalam poketnya kata pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer. Ternyata perkara itu tidak menjadi realiti.


Pendahulu liga, Liverpool mempamerkan aksi memukau dihadapan puluhan ribu penyokong mereka. Beraksi di laman sendiri dengan rekod tanpa kalah. Mereka bermula baik dengan beberapa percubaan merbahaya ke gawang Manchester United. 



Seawal minit ke 14 Liverpool dihadapan hasil dari sepakan sudut Trent Alexander Arnold sebelum ditanduk kemas pertahanan Virgil Van Dijk sekaligus menewaskan David De Gea digawang Manchester. Liverpool kemudian berjaya mengahasilkan dua lagi gol masing-masing menerusi Firmino dan Gini Wijnaldum. Namun kedua gol berkenaan dibatalkan kerana kekasaran dan offside.

Manchester United juga memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama, ketumpulan penyerang mereka menjadi pemisah untuk keputusan berakhir 1-0 tamat separuh masa. 


Bersambung babak kedua, Liverpool membuat serangan awal dengan percubaan Sadio Mane dan Henderson sekadar menggegar tiang. Tersentak dengan cuban tersebut, Manchester memperkemaskan dengan beberapa percubaan merbahaya. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka. 



Ketika Manchester United menggandakan asakan mereka di hujung perlawanan, Mo Salah menambah derita pasukan pelawat hasil larian solo dari tengah padang seteleh menerima hantaran Allison Backer sekaligus menamatkan perjuangan dan perlawanan dengan keputusan Liverpool 2-0 Manchester United.

Post a comment

0 Comments