[VIDEO] Terserempak Pasangan Naik Motor Dalam Keadaan Tak Stabil Bawa Bayi, Bila Ditanya…. Mengalir Air Mata!

Tidak semua insan di muka bumi ini mampu hidup dalam keadaan senang dan serba mewah. Namun, kehidupan tetap perlu diteruskan mereka kerana menyedari ia hanyalah ujian yang diberikan oleh Allah kepada hambaNya.
Perkongsian Zairul Eizman di laman Facebooknya ini pasti akan menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya apabila dia dipertemukan dengan satu pasangan OKU di atas jalan raya sehingga membuatkan dirinya sendiri menangis kerana sebak.

Motor ditunggang dengan tidak stabil

Dua kali saya menangis dengan asbab yang berlaku. Luluh hati. Sekitar waktu Maghrib semalam, tengah laju bawa motor dekat Highway Guthrie, perasan ada satu motor ni menunggang macam tak stabil. Dalam hati apa halnya ni. Bahaya betul.
Sepintas lalu, saya toleh ke sebelah kiri. Sepasang suami isteri dengan seorang kanak-kanak di depan penunggang dan ada sepasang kaki terjulur di antara pembonceng belakang. ‘Allahu, ada baby’.
Saya terus berhenti tepi dan menyonsang ke belakang, pergi ke arah motor tadi. Dalam hati, Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa. Kalau sebab tak stabil, boleh jatuh motor tu. ‘Bang, kenapa ni?’ Tanya saya.
Terpinga-pinga nak jawab soalan. Lantas si isteri tadi, bagi bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap.

Pasangan OKU pendengaran


Tersepak di lamunan. Pasangan suami isteri ini OKU pendengaran. Mereka hanya mampu berbahasa isyarat. Saya ke arah tayar belakang. Rupanya angin tayar kurang. Terus dapat idea, saya keluarkan handphone dan taip apa yang berlaku. Kemudian saya tanya rumah di mana. Si isteri yang sedang kendong baby, cuba membalas soalan saya. ‘Bukit Subang’.
Kebetulan ada pak cik turut sama bantu dan bagi cadangan supaya tukar motor. Saya bawa motor mereka dan mereka sekeluarga naik motor saya. Terus setuju, sekurang-kurangnya, mereka selamat sampai ke rumah. Pak cik tu sempat hulur not 10 pada si suami.
Saya tonjol dari belakang sampailah ke Caltex Denai Alam untuk bantu isi angin tayar. Sempat juga saya tanyakan pada si isteri kerja di mana.

Pergi check-up anak

Yelah saya beranggapan, mungkin mereka bekerja dan hantar ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan tempat kerja. Tapi sangkaan saya meleset. Jawab si isteri, ‘tak kerja, kami dari Hospital Ampang check-up baby. Ada masalah ‘hearing‘.
Terus saya menangis. Berkata dalam hati. Apa Tuhan nak tunjuk pada aku ni. Saya terus taip di Whatsapp, nyatakan bagi saya bawa motor si suami ni, sampai ke rumah. Mereka bersetuju.
Sampai di premis perumahan flat kos rendah berdepan Surau Al Mahdi, Taman Bukit Subang, Shah Alam. Saya parkir dan serahkan kunci motor mereka. Saya nekad nak bantu mereka. Saya nyatakan yang saya nak tulis cerita di Facebook untuk bantu mereka. Dengan izin Allah, bantuan sampai.

Mereka turut mengalirkan air mata

Bila mana saya nyatakan begitu, si isteri dan suami tadi mengalirkan air mata. Mungkin merasakan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Mereka juga maklum, anak sulung, sempurna tapi ini speech delay. Tak semena-mena saya sekali lagi menyeka air mata melihat si ibu mengendong Nur Jannah dan si ayah memimpin Muhammad Ziyad Wafi.
Kawan-kawan, jika datangnya peluang untuk kita bantu, kita cepat-cepat hulurkan bantuan. Yakinlah. Dengan kudrat yang kita ada, waimah dengan berkongsi entri ini atau berkongsi wang ringgit yang ada ianya akan memudahkan urusan dan tugasan keluarga ini.
Bagi kalian yang ingin membantu, saya sertakan nombor akaun dan nombor telefon si ayah.
12234020181048 – Bank Islam
0129414966 – En. Zubair Muhammad

Post a Comment

0 Comments