TERKINI: Singapura Sah Negara Terbaru dilanda Virus Wuhan


Wabak Korona Virus dari Wuhan sangat mebimbangkan. Beberapa kes kematian telah dicatatkan di seluruh dunia, sekurang-kurangnya 17 mangsa telah terkorban. Selepas Jepun dan Thailand, kini Singapura menjadi negara terbaru yang mengesahkan wabak tersebut telah tular ke negara republik tersebut. 


Dalam taklimat media pada petang tadi, Kementerian Kesihatan negara itu berkata pesakit adalah lelaki berusia 66 tahun.
Lelaki tersebut merupakan warga Wuhan yang telah tiba di Singapura bersama keluarganya pada 20 Januari yang kembali dari Guangzhou melalui penerbangan China Southen CZ251.
Pesakit tersebut kini telah diasingkan di Hospital Umum Singapura dan berada dalam keadaan stabil.
Menurut portal media tempatan, lelaki itu mengalami sakit tekak ketika penerbangan walaupun tidak mengalami demam. Pada hari yang berikutnya, lelaki itu mula demam dan mula batuk.

Post a comment

0 Comments