Ranking No 1 Dunia Keirin Milik Azizulhasni Awang


Menjadi juara bukanlah sesuatu yang mudah dan menjadi yang No 1 di Dunia adalah sesuatu yang menakjubkan. Semuanya hasil dari pengorbanan yang besar, doa dari keluarga dan peminat serta sokongan dari pelbagai pihak. Kini Azizulhasni Awang, pelumba basikal trek negara bergelar No 1 Dunia dalam acara keirin.

Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai 'The Pocket Rocket Man' sekali lagi mengharumkan nama Malaysia selepas menduduki ranking pertama dunia dalam acara Men Elite Keirin.
Perkongsian dari laman Facebook rasmi Team Malaysia, Azizulhasni dimahkotakan gelaran no 1 dunia selepas menyingkirkan kedudukan pelumba dari Jepun, Yudai Nitta. Azizul kini dengan 2, 560 mata dan 9 mata dihadapan pencabarnya ditempat kedua. 

Kedudukan tersebut sekaligus memberikan harapan buat rakyat Malaysia untuk meraih emas pertama sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak lama lagi. Semoga Azizul dilandasan terbaik untuk memiliknya, sama-sama kita doakan.

Tahniah Azizulhasni Awang! The Pocket Rocket Man

Post a comment

0 Comments