[VIDEO] ‘Pernah Minta Bantuan Banyak Pihak’ – Individu Ini Dedah Kisah Derita Puteri Balqis & Ibu


Kemunculan pelakon cilik, Puteri Balqis di program Bersamamu pada 12 Januari lalu telah mendapat perhatian ramai mengenai kehidupannya. Puteri Balqis mengalami perubahan kehidupan yang sangat drastik sehingga dia terpaksa ikat perut dan menjual buku tulisannya demi sesuap nasi.
Individu bernama Hanna Lola Azlan adalah insan yang memberi bantuan kepada Puteri Balqis dan juga ibunya. Kos pengeluaran buku-buku tersebut diberikan sepenuhnya kepada Puteri Balqis untuk menampung hidup dan rawatan penyakitnya itu. Sedihnya…

‘Habis macam mana masa depan dia?’

Hari ini bangun tidur, buka Whatsapp, mak aiii banyak betul new Whatsapp. Terima kasih kerana sudi membantu Puteri Balqis dengan membeli buku “38Poems of Puteri Balqis“.
Tak kurang juga ada yang Whatsapp semata-mata nak pertikaikan kenapa as a parents tak jaga kebajikan Aqish. Ada yang marah-marah kenapa Aqish tak sekolah? Habis macam mana masa depan dia? Dan macam-macam lagi perkara yang agak kurang sopan untuk di tanya.
Maaf saya dan mak Aqish tak reply semua Whatsapp tersebut. Sekiranya tak dapat membantu dari segi kewangan dengan membeli buku Aqish sekurang-kurangnya bagi la moral support. Sedih sangat. Tahu nak blame je. Nak cerita pun terlalu panjang story dia.

Sampai tak ada duit nak makan

Lola sebagai kawan mak Aqish, dah cuba yang terbaik untuk tolong dia orang terutama Aqish. Sebelum ini mereka pernah cuba minta bantuan dari beberapa pihak tertentu tapi tidak dilayan. Dia orang pun segan sebenarnya asyik minta tolong sana sini, dia orang pun ada maruah juga.
Pernah Lola marah mak Aqish kenapa tak bagitau Lola yang dia orang tak ada duit nak makan, beberapa hari dah tak makan sebab dorang segan dah asyik minta tolong je. Bulan puasa pun tiada kenikmatan berbuka puasa seperti yang lain sebab tak ada duit nak beli makanan. Bukan kerana mom dia tak nak kerja, tapi tak boleh nak berkerja dengan keadaan Aqish yang macam tu.
Sampai la 1 hari mak Aqish call Lola, dia jumpa buku nota Aqish ala-ala diary, tapi penuh dengan quotes. Dia beritahu boleh la masukkan quotes ni dalam buku Planner 2020 kau nanti. Lola cakap haaa okey jugak, mesti Aqish suka. Tapi bila mak Aqish send gambar-gambar quotestu di Whatsapp. Lola kata tak sesuai untuk buku planner sebab quotes ni sedih and deepsangat. Apa kata kita buatkan buku Quotes Aqish terus.

Keuntungan memang untuk Aqish

Since dia orang memang tak ada duit, jadi Lola willing keluarkan modal untuk dia orang, keuntungan memang sepenuhnya untuk dia orang. It takes a month untuk siapkan buku tu, Aqish excited sangat-sangat, tapi since kami jual online je di IG Aqish @ROCKINGBALQIS dan IG Planner.Ana.Official serta di Shopee, jadi tiada sambutan, semangat Aqish kembali down. Tapi Alhamdulillah pada bulan pertama jualan, dia orang dapat bayar beberapa hutang dan bil penting.
Masa Lola buat buku Planner 2020, Aqish send lagi motivated quotes, dengan itu la terhasilnya Planner 2020 No Regrets tu, buku paling last Lola print. Sebab Aqish cakap boleh tarik orang untuk beli 1 set dengan buku Poems tu. Kemudian Aqish and her mom kembali bersemangat, turun KL jual buku di tepi jalan.
Terima kasih lagi sekali kepada semua yang sudi membantu dengan membeli buku 38Poems of Puteri Balqis.

Post a Comment

0 Comments