"Papan Tanda Di Korea Guna Bahasa Malaysia" - Netizen Luah Rasa Bangga


Kalau korang belajar sejarah masa zaman sekolah dulu, korang mesti tahu tentang fakta yang mengatakan Bahasa Melayu pernah jadi lingua franca dunia. Bahasa ini suatu ketika dulu menjadi bahasa perantara antara pedagang di Tanah Melayu.
Namun zaman berlalu dan kehebatan Bahasa Melayu makin lama makin memudar. Lebih pedih apabila rakyat di negara ini sendiri tak reti nak bertutur bahasa kebangsaan dan lebih bangga dengan Bahasa Inggeris.
Bahasa Melayu di papan tanda Korea? 
Namun baru-baru ni, seorang netizen telah berkongsi satu penemuan yang amat menarik di grup Malay Dialects dan kemudian dikongsikan ke grup Backpackers Buddies Malaysia buat tatapan ramai.
Menurut netizen ini, dia telah menjumpai satu papan tanda di Korea yang menggunakan Bahasa Melayu untuk menunjuk arah. Jelas netizen tersebut, Bahasa Melayu / Bahasa Indonesia digunakan oleh kerana kebanjiran pelancong dari Nusantara di negara tersebut. 
Ia bertujuan memudahkan pelancong di beberapa stesen dan kawasan tumpuan pelancongWow macam tak percaya! 
 Ini pula papan tanda Bahasa Melayu di Itaewon. 
“Orang asing lebih menghargai bahasa kita” 
Rata-rata netizen melihat posting ini merasa bangga dan terkejut dengan inisiatif yang dibuat kerajaan Korea ini.
Pada masa yang sama, ada juga berpendapat orang asing dilihat lebih menghargai bahasa kebangsaan daripada rakyat kita sendiri.

Post a comment

0 Comments