‘Onsen’ Terbesar Malaysia Di Hulu Langat Bakal Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia

Sebut sahaja Hulu Langat, pasti anda sudah terbayang keindahan air terjun yang ada seperti air terjun Sungai Tekala, Sungai Gabai dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, selepas bersuka ria di air terjun boleh menikmati sate enak di daerah kajang.
Terbaharu, telaga air panas artesian telah ditemui terbesar di Malaysia telah ditemui di Kampung Jawa, Hulu Langat. Penemuan itu didapati ketika kerja-kerja pengorekan untuk membina masjid di situ dan hal ini disahkan oleh pihak Tourism Selangor.
Difahamkan, telaga air panas tersebut bersuhu 47 hingga 49 darjah celcius dan telaga yang mengeluarkan air dari bawah tanah tanpa perlu dipam itu mempunyai keluasan 160 kaki dalam.


Berikutan penemuan tersebut, pihak Tourism Selangor sedia bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains Selangor (JMGS) untuk menjadikan kawasan tersebut seperti lokasi tempat pelancongan di Onsen, Jepun.
Jika tapak tersebut dijadikan tempat mandi kolam air panas, pastinya akan menarik ramai pelancong untuk berkunjung ke tempat tersebut. Sama-sama kita nantikan projek yang akan dijalankan.

Sementara itu, Taman Tema Air Tropika pertama di dunia bakal dibuka di Dengkil tidak lama lagi.

Post a comment

0 Comments