Malaysia Harus Waspada. Virus Korona China Sudah Merebak Ke Jepun & Thailand.


Belum reda lagi dengan virus Influenza, kini dunia dikejutkan dengan satu lagi wabak misteri pneumonia atau radang paru-paru yang kini sedang merebak di Wuhan, timur China.
Wabak tersebut yang dikaitkan dengan virus korona, mampu mengancam nyawa. Setakat ini, dua kematian telah dilaporkan di China akibat wabak misteri tersebut dan hampir 50 pesakit dijangkiti.

Difahamkan wabak misteri itu, telah menular hingga ke Jepun namun pesakit dimakluman berjaya sembuh. Manakala di Thailand, dua kes dilaporkan membuatkan pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya berwaspada.

Tiada ubat dan vaksin setakat ini

Lebih merisaukan, pihak perubatan memberitahu wabak misteri itu masih tiada vaksin berlesen atau rawatan khusus untuk merawat virus baharu tersebut.
Menurut info daripada Public Health Malaysia, China telah mengesahkan Novel Coronavirus  berasal daripada haiwan, boleh berjangkit ke manusia dengan cara sentuhan atau daging yang telah tercemar dimakan.

Ada persamaan dengan SARS, virus pembunuh

Apa yang lebih menakutkan, irus korona Wuhan itu dikatakan mempunyai persamaan dengan wabak SARS yang melanda kita pada tahun 2002, iaitu virus yang merebak ke 37 negara, mencatat 8,098 pesakit dan 744 kematian.
Hampir 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti akan menemui ajal dan ia merebak secara cepat antara manusia dan paling terdedah adalah kakitangan perubatan yang merawat pesakit.


Memandangkan virus itu sudah sampai ke Jepun dan Thailand, susulan daripada Malaysia juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Post a comment

0 Comments