Lebih 150 Ribu Rakyat Sign Petisyen Tuntut Kerajaan Halang Kemasukan Pelancong China


Penularan wabak koronavirus dilihat semakin kritikal termasuklah di Malaysia apabila sehingga kini, empat orang sudah disahkan dijangkiti wabak itu. Ia secara tidak langsung menimbulkan kegusaran rakyat terhadap kedatangan pelancong dari negara China yang merupakan pembawa asal kepada wabak tersebut. Bagaimanapun semalam, Tun Dr Mahathir dalam satu kenyataannya berkata kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan pengecualian visa selama 15 hari yang diperuntukkan kepada pelancong China.
Susulan itu, satu petisyen telah dibuat di laman web change.org semalam bagi menuntut agar kerajaan tetap menyekat kedatangan pelancong China ke dalam Malaysia bagi mengelak dari terus merebaknya wabak itu dengan lebih teruk.


Dituju kepada 4 pihak

Menerusi laman web tersebut, petisyen itu dipercayai dibuat oleh seorang invidivu bernama Zaim Yusran kepada beberapa pihak iaitu Kementerian Pelancongan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Imigresen Malaysia.
Petisyen itu baru sahaja dibuat semalam, dan ia hanya mahu menunut supaya kerajaan Malaysia tidak lagi membawa masuk pelancong dari China ke dalam Malaysia untuk tempoh yang menggetirkan ini.


Fikirkan kesihatan rakyat Malaysia

Menurut individu itu, wabak koronavirus yang kini sudah merebak ke seluruh dunia berlaku disebabkan oleh kehidupan tidak sihat yang diamalkan penduduk dari China.
Katanya, kerajaan sepatutnya lebih mementingkan kesihatan penduduk rakyat negara ini dan tidak hanya mengambil tindakan apabila terdapat kes kematian membabitkan virus tersebut.


Dapat sambutan

Petisyen ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari rakyat Malaysia apabila ia telah meraih lebih daripada 150k tandatangan.
Rata-rata mereka yang menandatangani petisyen tersebut bersetuju dengan perkara itu bagi menjaga keselamatan nyawa mereka dan keluarga.

TERBARU : DUA BERADIK DARI CHINA DIKUARANTIN DI LANGKAWI


DUA kanak-kanak perempuan dari China dikuarantin di Hospital Sultanah Maliha (HSM), Langkawi, hari ini kerana mempunyai simptom yang disyaki wabak Novel Coronavirus (nCoV).
Difahamkan mereka yang berusia empat dan dua tahun bersama ibu bapa melancong ke Langkawi sejak Jumaat lalu.
Mereka dimasukkan ke HSM pada 1 tengah hari.
Pengarah HSM Dr Mansor Ismail berkata, pihaknya sedang membuat pemeriksaan lanjut berdasarkan simptom dan sejarah perjalanan mereka sebelum tiba di Langkawi.
“Setakat ini, dua kanak-kanak perempuan itu cuma disyaki sahaja dan kita sedang membuat pemeriksaan lanjut terhadap simptom yang ada pada mereka.
“Ibu bapa mereka bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang tanda berkaitan wabak nCoV,” katanya ketika dihubungi.
Mansor berkata, keluarga itu berasal dari Guangdong, China memasuki negara menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Isnin lalu, sebelum mengambil penerbangan berikutnya ke Langkawi pada Jumaat.
Katanya, dua beradik itu kemudian menunjukkan tanda kurang sihat ketika berada di Langkawi dengan demam, selesema dan batuk.
Simptom itu bersifat umum namun, pemeriksaan lanjut perlu dibuat mengikut prosedur ditetapkan kerana mereka dari China yang kini dilanda wabak nCoV.
Beliau memaklumkan sampel keluarga berkenaan turut dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk penilaian lanjut.
Dalam pada itu, beliau meminta penduduk dan pelancong di Langkawi untuk tidak bimbang kerana pesakit hanya disyaki dan belum disahkan pembawa nCoV.
Sumber: change.org

Post a comment

0 Comments