Bekas Isteri Da’i Farhan Selamat Melahirkan Cahaya Mata Kedua

Penceramah bebas, Da’i Farhan pernah menjadi bualan hangat di laman sosial apabila dia menikahi seorang ibu tunggal anak lapan sebagai isteri keduanya. Manakala, isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain pula diceraikan dengan talak satu. Sewaktu perceraian tersebut berlaku, Fatin dipercayai sedang hamil anak kedua mereka dan lafaz tersebut dibuat menerusi voice note aplikasi Whatsapp.


Terbaru, menerusi Facebook Fatin, dia mengumumkan bahawa cahaya mata keduanya itu sudah selamat dilahirkan semalam. Pada masa yang sama, Da’i Farhan turut berkongsi foto bersama puteranya itu dan memberikan ucapan terima kasih buat bekas isterinya.

Lahir seorang khalifah kecil ummi

Menurut Fatin, cahaya mata yang kedua ini lahir setelah genapnya umur anak sulung mereka 1 tahun 6 bulan. Tambahnya, semasa hendak bersalin, segala urusannya turut dipermudahkan. Fatin juga meluahkan perasaan berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan memohon dirinya sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah.

Selamat melihat dunia putera walid


Manakala, menerusi Instagram Da’i Farhan, dia bersyukur puteranya itu selamat dilahirkan. Dia berharap anaknya itu hidup dalam kebahagiaan dan berjaya selalu. Ucapan terima kasih terhadap bekas isteri turut diucapkan olehnya dalam posting tersebut.

Selamat berpantang


Rata-rata netizen meninggalkan komen tahniah dan mendoakan Fatin supaya selamat berpantang. Netizen juga berharap Fatin menjadi seorang ibu yang kuat dalam membesarkan kedua-dua anaknya.

Post a comment

0 Comments