Ayah Meninggal Sewaktu Bayi Lagi, Anak Yatim Piatu Luah Perasaan Tidak Pernah Terima Pelukan


Kehilangan kedua-dua orang tua sewaktu usia yang sangat kecil merupakan dugaan yang sangat menyedihkan. Mana taknya, di kala kanak-kanak lain berpegangan tangan dan bergembira bersama ibu bapa mereka, anak kecil ini hanya mampu melihat sahaja.
Seperti perkongsian seorang sukarelawan di Facebook, Raja Shamri memberitahu bahawa seorang anak yatim piatu ini tidak pernah merasai pelukan kasih sayang seorang ayah apatah lagi berbual bersama-sama. Sedihnya!

Rasa berdebar dan terharu

Saya tak pernah peluk anak yatim piatu adik Hafiz Danial ini macam ni. Entahlah. Lepas solat isyak berjemaah tadi terasa macam nak peluk dia. Subhanallah, Allah berikan satu perasaan luar biasa dalam diri saya. Rasa berdebar dan terharu sangat. Rasa macam satu perasaan pelik. Terasa seperti ada banyak mata yang memerhati dan berada di sekeliling.
Tiba-tiba diri ini pulak yg terasa malu dan terasa hina. Jika diri ini berada di tempatnya, yatim piatu dan miskin adakah orang yg akan menyayangiku seperti ini. Apatah lagi jika cacat tak ada kaki sebelah macam diri ini. MasyaAllahh. Anak yatim piatu ini tak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Ayahnya meninggal sewaktu adik Hafiz masih baby. Masa itu ayah dan ibunya Kak Rohana bekerja sebagai buruh binaan di Sarawak.

Tak pernah sesiapa peluk

Bila ayahnya meninggal, kak Rohana bawak adik Hafiz kembali je kampungnya di pedalaman Kelantan. Kak rohana adalah asnaf yang kita sama-sama bantu satu masa dulu. Kak Rohana meninggal dunia akibat pelbagai penyakit 2 Bulan Lepas iaitu setahun selepas kita bina sebuah rumah untuknya menggantikan rumah lamanya yang sangat uzur.
Anak ini tak pernah sesiapa peluk macam ni. Dia bisikkan Kat saya tadi …”Tak ada sesiapa pernah peluk saya macam ni,” katanya. Hati ni jadi sebak tak terucap. Dia bukan darah daging saya tetapi terasa seperti ada amanah Allah untuk Saya sempurnakan. Untuk Kita sama-sama rebutkan saham akhirat darinya. Saya usap ubun ubunnya dan bisikkannya nasihat dan doa.
Terdiam dia bila dipeluk sebegitu. Jauh di sudut hati saya agar dia dapat rasakan erti kasih sayang dan perhatian. Dulu sewaktu dalam ceramah saya, selalu saya kongsikan kepada parents supaya peluklah anak-anak kita sebelum mereka dipeluk. Semoga Allah ampuni dosa-dosa kita dan berikan kita semua peluang untuk sama2 sebarkan gelombang kasih sayang ini sejauhnya dan mengumpul saham akhirat sebanyaknya sebagai bekalan.
Sumber: Raja Shamri

Post a comment

0 Comments