Apple iPhone 12 Mungkin Hadir Dengan Warna ‘Navy Blue’


Sekiranya sebelum ini Apple berjaya membuatkan orang ramai teruja dengan pengenalan warna baharu iaitu Midnight Green pada iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max, jenama ini dijangka bakal memperkenalkan sebuah lagi warna baharu pada tahun ini.
Bermula dengan sekadar ura-ura, laporan daripada iMore mengetakan Apple sedia memperkenalkan warna baharu iaitu Navy Blue sempena pelancaran iPhone 12. Bagi membuatkan warna ini tampil lebih eksklusif, warna Navy Blue ini dijangka bakal menggantikan warna Midnight Green.


Melihat kepada keghairahan orang ramai untuk mendapatkan warna eksklusif Midnight Green pada iPhone 11 Pro sebelum ini, tidak mustahil model dengan warna baharu ini bakal mengulangi skrip yang sama.
Sekiranya anda merupakan peminat warna Navy Blue yang tampak lebih cool dan sesuai digayakan bersama pakaian seharian anda, mungkin kehadiran iPhone 12 antara yang perlu anda nantikan.

Post a comment

0 Comments