717 Orang Pelajar Dijangkiti Influenza A di Selangor

Gambar sekadar hiasan

Pengarah Pendidikan Selangor, Dr Mahanom Mat Sam berkata, sekolah berkenaan membabitkan 10 daerah yang terjejas akibat penularan virus itu.
Menurutnya, data itu direkodkan berdasarkan laporan sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sehingga jam 9 pagi tadi.
"Daerah Petaling Perdana mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 185 pelajar dari 62 sekolah, diikuti Klang 143 pelajar dari 51 sekolah dan Petaling Utama 102 pelajar membabitkan 32 sekolah.
"Daerah lain yang terlibat Sepang, 84 pelajar dari 17 sekolah; Gombak, 76 pelajar dari 29 sekolah; Hulu Langat, 65 pelajar dari 31 sekolah dan Kuala Langat, 27 pelajar dari 11 sekolah.
"Daerah lain yang turut terjejas ialah Hulu Selangor, 18 pelajar dari enam sekolah; Sabak Bernam, sembilan pelajar dari tiga sekolah dan Kuala Selangor, lapan pelajar dari enam sekolah," katanya.
Bagaimanapun katanya, sehingga kini tiada kelas atau sekolah ditutup.
"Kesemua kes yang dilaporkan telah menerima rawatan di klinik dan hospital berhampiran serta dilaporkan stabil," katanya.
Menurutnya, pelajar terbabit diberi cuti rehat dan dinasihatkan untuk dikuarantin di rumah dalam tempoh tiga hingga tujuh hari.
"Pesakit yang menerima rawatan di wad dan dipantau di hospital juga ada yang telah dibenarkan pulang," katanya.

Post a comment

0 Comments