[VIDEO] Penduduk Chuchoh Puteri Terkepung, Arus Banjir Deras





KUALA KRAI - Lebih 20 keluarga terkandas di Kampung Chuchoh Puteri di sini apabila kawasan berkenaan dinaiki air sejak jam 5 petang tadi.
Menurut Ketua Polis daerah, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata,





Sehingga jam 6 petang, seramai lapan keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). 
Menurutnya, proses pemindahan masih dilakukan secara berperingkat dan mangsa ditempatkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chuchoh Puteri.
"Kita mendapat maklumat bahawa kawasan berkenaan dilimpahi air secara mendadak. Kerja-kerja menyelamat sedang dilakukan. 
"Selain PDRM, kerja-kerja menyelamat turut melibatkan agensi lain seperti JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) dan APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia)," katanya.
Terdahulu, maklumat mengenai kejadian terbabit dikongsikan seorang pengguna Facebook, Shahrul Shah.

Menerusi perkongsian itu, pemilik laman sosial berkenaan meminta bantuan orang ramai agar menghebahkan keadaan terbabit kepada pengetahuan umum.



Beliau mendakwa, kawasan berkenaan ditenggelami air secara mendadak akibat tadahan air bukit yang pecah.


Selain Kampung Chuchoh Puteri, kawasan yang sedang dinaiki air adalah Manik Urai, Sungai Sok, Kampung Mengkebang dan Kampung Chenulang. 


Post a Comment

0 Comments