[VIDEO] Nyanyian Lagu Negaraku Dalam Bahasa Cina?


Viral di media sosial ketika ini satu video dimana sekumpulan pelajar berdiri menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa cina. Tanpa mengetahui lokasi video tersebut dirakam, namun ia jelas menunjukkan lagu kebangsaan diubah dari Bahasa Malaysia kepada Bahasa Cina. Banyak persoalan bermain diminda rata-rata warganet jelas mempersoalkan tujuan dan motif kejadian tersebut dilakukan. 

Kami berharap pihak terbabit tampil memberikan penjelas kenapa dan apa tujuan perkara tersebut dibuat. Pada pendapat penulis, perkara ini tidak sepatutnya terjadi kerana lagu kebangsaan adalah satu tidak boleh diubah, Mengubah nyanyian asal dari Bahasa Malaysia kepada Bahasa Cina adalah tidak perlu kerana ia dilihat tidak menghormati Pelembagaan Malaysia dalam Perkara 152 yang memperuntukkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

VIDEO

Post a Comment

0 Comments