Sokong Ozil Bela Uyghur Dari Disiksa, Maher Zain Seru Lebih Ramai Selebriti Bersuara


Pemain bintang bola sepak dunia Mesut Ozil pada minggu lepas telah mengeluarkan satu kenyataan ‘panas’ berkenaan dengan penindasan etnik Uighur di China di akaun Twitter serta Instagram miliknya.
Kenyataan yang mengkritik negara-negara Islam kerana berdiam diri itu telah mendapat perhatian dunia.
Terkini, seorang artis yang dikenali dengan lagu-lagu hits keagamaan seperti Insha Allah, For the rest of my life dan banyak lagi iaitu Maher Zain telah memuat naik satu perkongsian yang menyokong tindakan berani Ozil dalam menyuarakan penderitaan etnik Uighur itu.
Dalam perkongsian yang dibuat melalui akaun Facebooknya itu, Maher Zain menyatakan bahawa tidak semua selebriti dunia yang berani kehadapan untuk mengkritik negara-negara Islam yang didakwa berdiam diri akan isu penderitaan etnik Uighur di China.

Beliau juga turut berterima kasih kepada bekas pemain tengah Jerman itu atas keberaniannya dan turut menyatakan sokongan ke atas tindakan yang dibuat oleh Ozil.
Susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ozil, China bertindak balas dengan tidak menyiarkan perlawanan Arsenal tempoh hari.
China walau bagaimanapun didakwa menafikan segala tuduhan yang diterima berkenaan dengan etnik Uighur ditindas di negara itu.
Sumber: Maher Zain

Post a comment

0 Comments