Murid Tahun 1 Hadir Orientasi Sambil Pimpin Tangan Mak Ayah Buta Undang Sebak Guru.


Tirai 2019 bakal berlabuh lewat malam ini. Seperti biasa musim persekolahan tahun baru akan bermula. Lazimnya murid tahun satu ke sekolah awal sehari untuk sesi pendaftaran dan orientasi suai kenal guru dan melihat kawasan sekolah.


Satu susuk tubuh pelajar tahun satu ini undang sebak gurunya. Dia hadir bersama kedua ibubapanya yang buta. Sambil memimpin tangan dan menunjukan kawasan persekitaran sekolah baru. Perkongsian dari Cikgu Nadwa Nasir itu turun mengundang sebak warganet.


Tulis Cikgunya

Sentap hari terakhir tahun 2019...Hari ni terima murid Tahun 1...Maka bertemu la aku 30 orang anak tahun 1 2020.. 

Jatuh air mata aku melihat seorang anak kecil.. Memimpin mak ayahnya... yang tidak dapat melihat.. ke orientasi tahun 1..hari pertama dia sendiri ke sekolah..😭
Dia sendiri menulis nombor hp mak ayah.. Walau baru bertatih menulis.. Walau nombornya terbalik.. 
Kuatnya kamu wahai anak... Berdikarinya kamu pada usia terlalu muda ini... 😭
Selesai orientasi.. Dia pimpin mak ayah dia.. Tunjuk kelas dia kat mana.. Padang kat mana.. Kantin kat mana.. Mcm la mak ayah dia boleh melihat😭
"mak, sini la kantin.. Mak, ni padang sekolah..." 

Mak dia tanya dia.. "mana pondok mak nak tunggu kamu nanti...?"Dia jawab... "sini la mak... Kat sini..." (padahal depan dia je pondok tu.. Tp si anak explain mcm nampak2 je) 😭 

Teacher doakan kamu berjaya dunia akhirat..Kamu yang paling kuat..
Buat teacher rasa teacher perlu kuat lebih dari kamu bagi menempuhi 2020..😭💪

REAKSI WARGANET

SEMOGA BERJAYA DUNIA AKHIRAT


Post a Comment

0 Comments