[VIDEO] Liverpool Kelab Terbaik Dunia


Liverpool menepati ramalan untuk bergelar Juara Club Worldcup 2019. Turun selaku juara eropah berhadapan Flamego yang juga Juara benua Amerika Selatan bukanlah sesuatu yang mudah buat Liverpool. 

Dibarisi skuad terbaik yang mereka miliki, Liverpool bermula baik dengan dua percubaan merbahaya diawal perlawanan masing-masing menerusi Neby Keita dan Roberto Firmino. Flamego berjaya mengimbangi perlawanan sehingga keputusan kekal berakhir tanpa jaringan pada babak pertama. 

Bersambung babak kedua perlawanan, Liverpool hampir di depan sekali lagi menerusi percubaan Firmino namun sekadar terkena tiang meskipun penjaga gol Flamengo sudah tertewas. Flamengo juga beberapa kali mengancam kubu Liverpool yang di kawal Alisson Becker, namun tidak membuahkan hasil. Tamat 90 minit perlawanan keputusan terikat tanpat jaringan. 

Minit ke 99 menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan ini, dimana Liverpool mendahului hasil jaringan Firmino. Gerakan sempurna dimulakan oleh kapten mereka Jordan Handerson yang membuat serangan balas pantas menghantar bola terus kepada Sadio Mane sebelum Mane mengelecek pertahanan lawan dan menghantar terus kepada Firmino untuk menyudahkan gerakan tersebut. Tamat 120 minit perlawanan Liverpool 1-0 Flamengo. 

Sekaligus melengkapkan musim gemilang Liverpool dengan 3 ke Juaraan musim 2019 dengan Juara Eropah, Supercup dan terbaru Club Worldcup. 


Video Highlights 

Post a comment

0 Comments