Lebih 17 ribu 'Shares'. Perkongsian Suri Rumah Tips Jimat Sabun 1liter Jadi 6liter. Wow!


Viral di facebook tips jimat sabun mudah dan berkesan. Seorang pengguna facebook bernama Nida Syuhaila berkongsi cara untuk berjimat dengan sabun pencuci. Mendapat lebih 17 ribu share dalam tempoh 14 jam. Jom baca cara mudah yang dikongsi.



Menjadi beb!! First time ikut petua viral. Alhamdulillah menjadi 😆 orang yang share tu guna sabun sunlight warna hijau. Sis guna yang warna putih je sebab memng suka bau natural die. Lagipun warna putih ni boleh cuci botol susu anak sekali. Tak kisah sabun basuh pinggan jenama apa semua pun boleh. 
Dari 1 liter sabun basuh pinggan beranak jadi 6 liter terus. Jimat 6 bulan punya stock sabun 😊 Kepekatan sabun cair sikit je daripada yang baru beli. Pada yang tak tahu garam adalah bahan asas dalam penbuatan sabun. Tapi tak tahu la dorang pakai garam jenis apa kan. Kita pakai garam untuk masak tu je la. murah pun murah. Tapi buih memang banyak gila dan bila basuh takde masalah pun nak hilangkan kotoran dan kesan minyak. Kesan die sama macam baru beli!


Bahan - bahan

• 1000ml sabun basuh pinggan
• air 5 liter
• garam halus 1 cawan


Cara - cara

Bancuh dulu garam halus dengan air panas sampai larut kemudian campurkan ke dalam bekas besar yang dah ada 5 liter air dan sabun basuh pinggan 1 liter. Siap! 

Post a Comment

0 Comments