KWSP Mohon Maaf Insiden Pesakit Kanser Didakwa Diusung Ke Kaunter

Foto: Siakap Keli

Tular di media sosial ketika ini mengenai seorang pesakit kanser yang didakwa terpaksa dibawa ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya untuk mendapatkan pengesahan bagi mengeluarkan simpanan carumannya.


Perkara terbabit telah mendapat perhatian ramai dan menerima pelbagai reaksi kurang senang daripada pelbagai pihak. Rata-rata berpendapat perkara tersebut tidak seharusnya berlaku oleh kerana kesulitan yang dihadapi pesakit terutama untuk bergerak. 

Pihak terbabit seharusnya lebih peka dengan keadaan pelanggan mereka dan adalah sebaiknya memiliki sifat tolak ansur dalam memudahkan urusan tersebut. 
Ekoran itu, pihak KWSP telah tampil melalui laman Facebook mereka untuk memohon maaf atas kesulitan tersebut.


KWSP amat kesal dan memohon maaf atas pengalaman kurang menyenangkan yang dialami oleh ahli tersebut dan keluarganya.


Melalui kenyataan itu juga, pihak KWSP menyatakan akan menggunakan pengalaman kali ini untuk memperbaiki proses yang sedia ada supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

Post a Comment

0 Comments