Guna Belon. Tiup Sejam Sebelum Majlis. Pelamin DIY Belon Helium Ringkas Tapi Menarik!!


Baru-baru ini viral di sosial media gambar pelamin bertona biru dan putih yang simple tapi memukau kerana dihiasi dengan belon helium


Menerusi laman Twitter, @Yusra_ysf yang telah memuat naik gambar-gambar tersebut turut berkongsikan bagaimana dia telah berjaya merealisasikan impian kawannya untuk bersanding pada pelamin yang ringkas tetapi cantik.


Siapa sangka dengan menggunakan hanya kerusi, backdrop tirai, dan belon yang ditiup dengan gas helium mampu membuatkan pelamin tersebut kelihatan benar-benar unik!

Lebih menarik lagi, konsep pelamin berkenaan merupakan idea pengantin perempuan itu sendiri dan hanya dibuat pada saat-saat terakhir iaitu sejam setengah sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung.

Jikalau sebelum ini, belon helium banyak digunakan pada sambutan hari jadi serta graduasi, ternyata ianya kelihatan sangat cantik serta menarik dan mampu memeriahkan sesebuah majlis perkahwinan. 

Yang pasti, perlu pakai baju yang bersesuaian dan kena dengan konsep tersebut!

Menurut Yusra, dia hanya menggunakan 150 belon pada pelamin itu dan kos yang dikeluarkan adalah kurang daripada RM500


Susulan dari tularnya gambar pelamin tersebut, ternyata ramai yang memuji dan mengagumi rekaan ringkas dekorasi pelamin yang dihasilkan Yusra. Siap ada yang nak tiru konsep ini lagi!

Antara komen menarik dari warganet:


Sumber: SAYS

Post a Comment

0 Comments