Hari ini ramai yang mengambil peluang untuk merakamkan fenomena gerhana matahari annulus atau lebih dikenali sebagai gerhana matahari cincin berapi.
Tanjung Piai di Johor dan Serian di Sarawak telah dipilih sebagai lokasi rasmi program Gerhana Matahari Cincin kerana dua kawasan itu terjadi pada kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari.
Walaubagaimana pun, kawasan-kawasan lain di Malaysia berpeluang untuk menyaksikan sendiri fenomena gerhana separa pada waktu kemuncak 1.40 petang tadi.
depan rumah ak nih, no filter needed bc it's sooo naturally beautiful🥰 #solareclipse2019 pic.twitter.com/QolIjisv8R— 𝐦𝐞𝐭𝐭 ⋆ (@typicallymeh) December 26, 2019
Sekali dalam 22 tahun
Berdasarkan siaran langsung yang dikongsikan menerusi laman Facebook Astro Awani dengan ihsan daripada Planeterium Negara, menyaksikan perubahan gerhana yang pertama.Berhimpun lakukan solat sunat
Dapat jugak disaksikan beberapa pengunjung melakukan solat sunat Khusuf beramai-ramai mengikuti Imam, di Tanjung Piai lokasi dimana Gerhana jelas kelihatan.
Cukup indah ciptaan Allah, justeru seluruh umat Islam digalakkan juga melakukan solat sunat Khusuf sebagai tanda syukur di atas kebesaran Allah.