Farah Nabilah Terima Hantaran RM77 777.77, Sah Bergelar Isteri Juruterbang


AKTRES terkenal, Farah Nabilah, 27, selamat bergelar isteri kepada Mohammed Amirul Yunus, 28, pada jam 9.04 malam ini.

Dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan Farah dan Amirul yang berlangsung di Royale Chulan Damansara itu dihadiri oleh keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Farah dan Amirul telah dinikahkan oleh bapanya, Datuk Saipuddin Ahmad yang disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling, Ustaz Hj Mastori Hj. Marsidi.


Pengantin perempuan telah menerima RM1,000 sebagai mas kahwin manakala RM77,777.77 sebagai wang hantaran.

Pihak pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan dan turut dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Pada majlis itu, pasangan pengantin tersebut memilih untuk menyarungkan rekaan daripada Rizman Ruzaini serta solekan oleh Khir Khalid.


Majlis khatam Al-Quran dan resepsi bakal diadakan di Neo Event Hall, Damansara Perdana pada Sabtu manakala majlis di sebelah lelaki pula akan berlangsung di Grand Dorsett, Subang pada 28 Disember. 

Selepas itu, majlis resepsi sebelah perempuan akan diadakan di Four Seasons, Kuala Lumpur pada 5 Januari 2020.

Terdahulu, pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sebelum majlis nikah pada hari yang sama.

Detik perkenalan dua merpati sejoli ini bermula apabila diperkenalkan oleh teman rapat, pelakon Izara Aishah tujuh tahun lalu.

Post a comment

0 Comments