Ejen Ali Raih Kutipan RM6.4 Juta Hanya 3 Hari Tayangan


Industri filem animasi negara menunjukkan peningkatan positif. Bermula dengan siri Upin & Ipin, Boboiboy, dan yang terbaru Ejen Ali cukup menarik perhatian ramai terutamanya kanak-kanak.

Selepas mencipta rekod baru menjadi filem animasi paling tinggi kutipan dihari pertama tayangan dengan RM1.86 juta. Filem ini dilaporkan berada pada kelas tersendiri setelah berjaya memungut RM6.4 juta dalam tiga selepas ditayangkan di 162 pawangam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Wow hebat!!

Plot cerita menarik, tak bosan! 


Menurut Datuk Ahmad Izham Omar selaku Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, faktor ianya ditayangkan semasa cuti sekolah membuatkan kutipan jualan tiket meningkat.
Selain itu, jalan cerita yang unik dan tarikan plot yang menarik membuat penonton tertarik menonton filem ini. 

Animasi bertaraf dunia, lima bintang!

Selain dari jalan cerita yang menarik dan tak membosankan, animasi yang dipertontonkan jelas menunjukkan kualiti sebaris filem animasi luar negara. 

Biarpun dengan bajet pembikinan filem ini tidak sebesar cerita luar negara, namun kualiti dari plot penceritaan dan animasi jelas setanding dengan mereka. 

Filem ini sesuai ditonton semua lapisan umur, bawa semua keluarga sama-sama kita sokong filem animasi tempatan kita. 


Post a Comment

0 Comments