Bintang ragbi terkenal, Sonny Bill Williams ikut jejak Khabib dan Ozil Pertahankan etnik Muslim Uighur


NEW ZEALAND - Bintang ragbi terkenal, Sonny Bill Williams turut mengikuti jejak langkah Khabib Nurmagomedov dan Mesut Ozil dengan memberi sokongan dan mempertahankan etnik Muslim Uighur yang ditindas.

Sokongan tersebut dinyatakan Bill Williams melalui laman Twitternya dengan menyelar penindasan terhadap etnik Uighur.


“Saya sangat bersedih bila kita memilih kepentingan ekonomi berbanding sifat kemanusiaan #Uighur," tulisnya yang turut memuat naik sekeping gambar.

Perkongsian Bill Williams kini tular di media sosial yang meraih lebih 12,000 ulang kicau dan lebih 17,000 tanda suka.

Rata-rata netizen juga memberi sokongan kepada Bill Williams dan umat Islam kaum Uighur yang ditindas.


“Terima kasih Williams kerana anda berani bersuara demi kaum Muslim Uighur yang telah diseksa dengan kejam. Biarpun kita menerima kritikan seperti Mezut Ozil tetapi dengan cara inilah mampu membuka mata masyarakat dunia,” tulis John Tina di Instagram.

Lahm Indiana pula memberitahu, “Terbaik Williams atas keberanian anda menyuarakan penindasan yang dikenakan terhadap kaum Uighur. Bukan sahaja umat Islam malah masyarakat dunia tidak kira agama harus bersatu menentang penindasan ini.”

Terdahulu, syarikat penyiaran China telah keluarkan satu siaran perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Manchester City sebagai satu tindak balas terhadap Ozil.

Bahkan pemain Jerman itu juga dikeluarkan dalam permainan video bola sepak yang dihasilkan oleh China. Liga Rugby tidak sama seperti bola sepak atau bola keranjang yang dibayar lumayan oleh China.

Post a Comment

0 Comments