Bermula Januari 2020, Kerajaan Mengenakan Cukai SST Sebanyak 6% Untuk Iklan di Facebook


Baru-baru ini, Facebook telah mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% bermula tahun 2020



Menurut laporan, berdasarkan notis pengebilan cukai dimuat naik oleh Facebook sendiri mengatakan bahawa ia membabitkan pengiklan yang mempunyai alamat di negara ini. Cukai yang bakal dilaksanakan akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2020, sejajar dengan pengenalan cukai digital yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng.

Cukai perkhidmatan ini ditambah untuk setiap kali pengguna dicaj bagi iklan yang dimuat naik

Malah, ia tidak mengambil kira sama ada iklan itu dibeli menerusi Facebook atau tujuan perniagaan, mahupun tujuan peribadi. Pembayaran cukai kepada Facebook dibuat melalui kaedah manual dan cukai akan dikenakan apabila akaun iklan dibiayai. 

Sebagai contoh, pengguna akan dikenakan caj sebanyak USD100 setelah mencapai ambang pengebilan untuk jumlah berkenaan. Sub jumlah bagi caj berkenaan ialah USD100 bagi kos iklan dan kemudian tambahan enam peratus cukai perkhidmatan akan dimasukkan maka jumlah yang perlu dibayar adalah USD106.

Post a comment

0 Comments