‘Ada Kepala Ular’ – Wanita Kongsi Detik Cemas Ular ‘Menyorok’ Dalam Lubang Tandas


Seorang wanita berdepan dengan detik cemas apabila mendapati seekor ular sawa sepanjang hampir 5 kaki berada di dalam tandas rumahnya. Apa yang lebih menakutkan apabila ular itu kemudian menyusur ke bahagian dapur rumah tersebut. Perkongsian itu dibuat oleh Izz Zafirah Aisyah di laman Facebook dengan menceritakan kejadian yang dialaminya itu.


Kepala ular sebelah kaki

Pertama sekali masa mula kita nampak, pukul 5 pagi kita nak buang air kecil dia dalam mangkuk tandas. Sementara lari nak panggil suami dia masuk balik, suami kata mungkin khayalan mata tapi kita yakin betul ular. Kita tak buang air kat bilik air belakang fobia punya pasal.
Kedua, suami call bagi tahu jiran sebelah pun jumpa ular ni dalam bilik air dia, macam biasa baru nak tangkap dia masuk dalam lubang tandas lagi. Suami kata betul apa yang saya nampak, memang ular. Esoknya kita balik nak buang air kecil tandas bilik tiba-tiba lubang air terbuka. Kita pelik kenapa boleh terbuka, sebab anak-anak tak masuk bilik air tu. Kita diam lagi, pukul 2 pagi kita nak buang air kita dengar bunyi lubang tertutup tapi masih tak fikir ular.
Kemudian, pagi tu kita mandi. Tengah gosok gigi sekali kita tengok dekat sebelah kaki, jarak sejengkal ada kepala ular. Melompat kita panggil suami, call kawan, suami dia bomba. Tanya boleh call ke kalau ular tunjuk kepala je, katanya tak boleh sebab ular akan masuk. Just suruh siram air panas, so suami siram air panas. Sejak tu lubang air dalam tandas hempap dengan batu. Penutup mangkuk tandas pun dihempap dengan baldi air. Lubang tandas dapur dihempap dengan baldi mop dan lubang tandas dengan botol berisi air 2 liter.

Panjang ular dalam 5 kaki

Seminggu berlalu dan nak jadikan cerita malam tadi suami pergi mengaji, dia tak hempapkan botol air dan dia biarkan sahaja. Saya dan 2 anak tidur dekat bilik depan. Bila dia balik nak masuk tandas sekali ular ada atas pelapik tandas. Ular tu nampak suami yang lagi aktif turun ke lantai. Saya kemudian hubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Sementara tunggu, ular dah keluar dari tandas dan ke dapur. Akhirnya dapat ditangkap. Panjang dalam 5 kaki tapi keadaannya agak kurus. Memang dia tengah lapar.
Ini pesanan dari JPAM, pertama sekali tutup semua lubang tandas atau lubang air dalam bilik air (kalau boleh hempap dengan benda berat). Kemudian, sebelum guna tandas pam dulu, baru buka penutup tandas. Selepas gunakan tandas, tutup dan hempap dengan benda berat. Akhir sekali, pintu bilik air jangan dibiarkan terbuka sebaliknya biarkan tertutup supaya dia terkurung di dalam bilik air.

Post a Comment

0 Comments