WhatsApp Bakal Turut Hadir Dengan Tema ‘Dark Mode’



Sejak mula Apple menawarkan kemas kini bagi iOS 13 dengan fungsi ‘dark mode’, beberapa aplikasi lain dilihat telah mulai turut serta menawarkannya.
Terbaharu, aplikasi permesejan WhatsApp antara aplikasi yang bakal turut menawarkan fungsi yang menjadi pilihan ramai ini. Difahamkan sebanyak dua tema berwarna gelap bakal ditawarkan bukan sahaja buat pengguna iOS malah buat pengguna Android. Lebih menarik, WhatsApp bakal menawarkan fungsi ini dengan jaminan tiada sebarang bug.
mad_blog_5ba1fffc299e41537343484
Setakat ini masih belum terdapat sebarang paparan rasmi bagi aplikasi WhatsApp dengan fungsi ini memandangkan pembangun aplikasi ini sedang mengusahakannya.
Melihat kepada penawaran fungsi dark mode pada aplikasi WhatsApp, pastinya orang ramai akan menyukainya sekaligus membuatkan mata anda lebih selesa apabila menggunakan aplikasi ini pada keadaan gelap.

Post a Comment

0 Comments